1 Syawal datang lagi dan syukur Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk hidup dan menikmati suasana berhari raya...justeru meraikan kemenangan bagi seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa. Tahun ini kami berhari raya di ganu. Suasana ok je...macam biasale. Tapi tahun ini tahun tak sihat untuk aku. Batuk sejak ogos sampai le ni tak baik-baik....getting worse...sampai dapat asma. Akhirnya....rasa tak semangat nak sambut raya. Masak ala kadar je....for the first time....aku buat nasi goreng je di pagi raya. KELAKAR TAK? Aku malas bebenor dan plus tak larat nak mengisah masak di dapur.
Lagipun, di pagi raya kedua, kami nak bertolak balik ke Selangor. Jadi malas nak buat juadah banyak-banyak. Makan je kat umah mak mertuaku ........kalau tak, tak habis pulak. Pagi raya saat paling best....dapat bersalam-salaman dan bermaaf maafan denga suami tercinta. Banyak benor rasanya....dosa.
Raya kedua paling syok .......pepagi lagi bertolak ke umah ibuku. Kesian dia....hanya beraya bertiga. Sabor lah omak.....tahun dopan....giliran kita pulak beraya bersama. Walau apapun, syukur kepada Allah kerana masih dikurniakan kesihatan yang baik memungkinkan kita mampu berjumpa dan bersama di hari raya tahun ini.
Kepada semua kawan-kawan...especially untuk amiechomel....selamat beraya...maaf di atas salah dan silap. Jemputlah ke umah kita. Ada lagi serdak kuih raya.....he he he.
No comments:
Post a Comment